Wednesday, January 9, 2013

Pakej UniFi untuk Kediaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini kami ingin menerangkan apakah pakej yang boleh anda dapati apabila melanggan UniFi untuk kediaman anda.

Bagi pakej kediaman, TM menamakan pakej-pakej UniFi tersebut sebagai VIP5, VIP10 dan VIP 20. Apakh maksud di sebalik nama ini?
V = Video; bermaksud perkhidmatan HyppTV, iaitu siaran TV kabel yang menggunakan teknologi fiber.
I = Internet; berkelajuan tinggi menggunakan teknologi fiber.
P = Phone; bermaksud perkhidmatan telefon yang disertakan bersama telefon tanpa wayar (cordless phone).
Nombor di hujung (5, 10, 20) bermaksud kelajuan bagi setiap pakej tersebut di dalam kiraan Megabit per Second (Mbps). Sila ambil maklum bahawa kelajuan ini adalah 'best effort' ataupun dalam kata lain keupayaan maksima. Kelajuan sebenar mungkin kurang sedikit dari ini.

Berikut adalah perbezaan di antara setiap pakej;

Penerangan

Bayaran bulanan bagi setiap pakej adalah seperti berikut;
VIP5 = RM149 sebulan
VIP10 = RM199 sebulan
VIP20 = RM249 sebulan

Berdasarkan jadual di atas, apa yang anda akan perolehi adalah;

1. Siaran HyppTV

2. Kelajuan muat turun/naik mengikut pakej yang dilanggani (5,10,20)

3. Kuota muat turun bulanan sebanyak 60GB bagi VIP5, 90GB bagi VIP10 dan 120GB bagi VIP20. Walau bagaimanapun kuota bulanan ini belum lagi dilaksanakan oleh TM (unlimited quota).

4. IP (Internet Protocol) dinamik

5. Pelan panggilan seperti berikut;

  • Panggilan ke semua talian tetap TM (03, 04, 05, dan sebagainya) adalah PERCUMA. Ambil maklum bahawa tidak semua nombor talian tetap adalah di bawah TM, ada yang di bawah Maxis, DiGi, P1, Time dan sebagainya.
  • Kadar RATA 10sen/minit ke talian tetap lain dan talian mudah alih (012, 013, 014, 016, 017, 018, 019 dan sebagainya).
  • Kadar biasa untuk Panggilan Antarabangsa (IDD). Pengkatifan Panggilan Antarabangsa adalah di atas permintaan.

6. Seunit telefon tanpa wayar (Cordless/DECT Phone).

7. Seunit Wireless Router atau WiFi dengan fungsi b/g/n untuk kediaman anda.

8. Set-Top Box untuk perkhidmatan HyppTV ke set TV anda.

9. 1 akses PERCUMA ke TM WiFi yang banyak didapati di seluruh negara. Untuk mencari hotspot TM WiFi sila klik di sini.

10. Satu akaun emel TM UniFi berkapasiti 2GB.

11. Satu akaun InfoBlast di mana anda boleh menghantar SMS ke banyak nombor (bulk SMS) pada kadar yang rendah.

12. Satu akaun Online Guard Plus; melindungi komputer anda dari serangan virus, spyware dan pencerobohan.

13. Satu akaun iShield Plus; mengawasi dan melindungi komputer anda dari laman web dan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak seperti pornografi dan sebagainya.


Maklumat Am

1. Pakej ini tertakluk kepada tempoh kontrak selama 24 bulan. Caj sebanyak RM500 akan dikenakan sekiranya perkhidmatan dihentikan di dalam tempoh ini.

2. Penurunan pakej (contoh dari VIP10 ke VIP5) akan dikenakan caj sebanyak RM200.

3. Pakej adalah tertakluk kepada Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy) yang dikuatkuasa di seluruh dunia.

4. Bill pertama akan termasuk caj pemasangan dan caj bagi 2 bulan langganan (untuk bulan semasa dan bulan akan datang).

5. Pelanggan boleh melihat bil bulanan secara online. Untuk bil bercetak, bayaran sebanyak RM8 akan dikenakan (atas permintaan).

6. Sebelum permohonan diluluskan, pelanggan akan tertakluk kepada pemeriksaan latarbelakang kredit.


Maklumat Pemasangan

1. Pemasangan untuk rumah atas tanah (landed property) mungkin memakan masa selama 3-5 jam atau lebih bergantung kepada keadaan rumah pelanggan dan juga cara pemasangan. Untuk kediaman bangunan (apartment, flat, kondominium) tempoh pemasangan di antara 1-3 jam.

2. Caj pemasangan hanya meliputi kerja-kerja pemasangan UniFi biasa (standard). Caj tambahan mungkin dikenakan oleh kontraktor bagi kerja-kerja pemasangan dalam siling, atas siling, kabel tertutup, kerja-kerja khas dan sebagainya.

3. Kerja-kerja kabel dalaman tidak dilakukan oleh TM. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh menggunakan kontraktor sendiri atau mana-mana kontraktor sah yang dilantik oleh TM.

4. Pihak pelanggan mestilah ada semasa kerja-kerja pemasangan dilakukan dan menandatangani dokumen apabila kerja-kerja telah siap dilakukan.

5. Caj penalti sebanyak RM200 akan dikenakan sekiranya premis pelanggan gagal dimasuki dan/atau memohon pertukaran tarikh/masa pemasangan pada hari pemasangan itu sendiri. Sebarang pertukaran tarikh/masa hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya sehari (24 jam) sebelum tarikh pemasangan. Tarikh/masa pemasangan adalah tertakluk kepada kekosongan slot.

6. Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan set TV yang berfungsi dan palam 3-pin 4 unit untuk menyempurnakan kerja-kerja pemasangan.

7. Kerja-kerja penggerudian minima mungkin diperlukan untuk akses kabel fiber ke rumah pelanggan.

Penerangan lanjut berkenaan dengan terma dan syarat boleh didapati di http://www.tm.com.my/unifi/home/Pages/tnc.aspx (bahasa Inggeris).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-20217476/019-2700708 atau emel ke neonodetech@gmail.com. Terima kasih.